Mr.Bank

UOB tutup lapan cawangan sepanjang PKP

KUALA LUMPUR – United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (UOB Malaysia) menutup lapan daripada 45 cawangannya di seluruh negara bagi melindungi kesejahteraan pelanggan dan kakitangannya berikutan pandemik Covid-19.

Cawangan-cawangan yang terlibat ialah Jalan Imbi dan Medan Pasar di Kuala Lumpur; Kota Damansara, Shah Alam dan Ijok di Selangor; Raub dan Bentong di Pahang dan Sandaka, Sabah.

Penutupan itu bermula hari ini sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

UOB Malaysia berkata, penutupan cawangannya di Medan Pasar kerana berhampiran dengan kawasan Masjid India yang kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Meskipun penutupan itu, para pelanggan masih boleh mengeluarkan wang tunai melalui mesin ATM, cek dan mesin deposit syiling mulai jam 8 pagi hingga 8 malam, kecuali di cawangannya di Medan Pasar.


评论

发表回复

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用 * 标注